Kesihatan


Gambar diperolehi daripada :funkeehomosapien.fotopages.com
Meskipun kesihatan di bawah Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Selangor percaya bahawa setiap rakyat berhak untuk akses kepada perkhidmatan pada kadar harga munasabah. Kerajaan negeri Selangor telah memberi bantuan kesihatan kepada golongan miskin dan keluarga berpendapatan rendah (lihat Helaian Fakta Pembasmian Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin) sesuai dengan komitmen ini. Tambahan lagi, tumpuan khusus diberikan untuk menangani penyakit merebak di negeri, khususnya pada waktu krisis.

Pencapaian Utama
Perang terhadap Denggi

Gambar diperolehi daripada bahasainggeris.com

Selangor adalah negeri yang memiliki perangkaan denggi tertinggi di Malaysia, dengan peningkatan kematian meningkat setiap tahun. Selangor merekodkan 44 kematian berkaitan denggi pada tahun 2009. Sebahagian daripada faktor penyumbang ialah penyelenggaraan infrastruktur yang lemah, kepadatan tinggi populasi, mobiliti penduduk, pembangunan, pekerja asing, perangan struktur yang lemah dan sikap tidak kisah.
Tahun
Bilangan kes denggi di Selangor
2005
11,965
2006
12,284
2007
15,871
2008
21,262
2009
18,675
Mesyuarat berkala dilakukan sepanjang dua tahun terakhir untuk memantau situasi.
Kerajaan negeri Selangor turut menegaskan kepentingan pendidikan masyarakat untuk memastikan rumah mereka bebas daripada potensi pembiakan nyamuk eades.
Usaha lebih hebat sedang dilakukan untuk memastikan Kerajaan Tempatan mempunyai cukup tenaga kerja untuk menangani masalah.
2010 : negeri melakukan mesyuarat dengan Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri dan Pemimpin Kerajaan Tempatan untuk menyertai Jawatankuasa Tindakan Bersama yang dibentuk di peringkat Kerajaan Tempatan.
Seminar Denggi dianjurkan dengan penglibatan ahli akademik daripada Universiti Malaya dan pakar dari Singapura.
Kerajaan negeri Selangor berharap dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan jabatan, agensi serta Kerajaan Tempatan untuk:
Menyelaraskan gerak kerja antara agensi
b.Penyiasatan dan pemantauan kes dengan lebih baik
c.Mendapatkan sumber lebih banyak daripada Kementerian Kesihatan
d.Pendidikan kesihatan yang lebih baik
e.Mobiliti masyarakat
f.Menambah-baik sumber pembasmian.

Kes Denggi di Malaysia mengikut negeri (2008 dan 2009)

Kerajaan Tempatan
2009
2010 (sehingga 23rd January 2010)
Majlis Bandaraya Shah Alam
2512 (5)
193 (3)
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
1396 (2)
156 (1)
Majlis Perbandaran Subang Jaya
2138 (3)
241 (1)
Majlis Perbandaran Selayang
567 (2)
64
Majlis Perbandaran Kajang
1433 (5)
4
Majlis Perbandaran Klang
1865 (6)
62
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
1899 (4)
96 (1)

Kes Denggi di Selangor mengikut Kerajaan Tempatan (Angka dalam kurungan merujuk kematian)
(Statistik terkini boleh dimuat turun di http://www.jknselangor.moh.gov.my)

Sebaran Influenza A (H1N1)
Gambar diperolehi daripada :mcmartin.net
Influenza A (H1N1) mula merebak pada 2009 sehinga mengejutkan dunia kerana potensinya menjadi penyakit pandemik.
Mendokong kempen nasional menentang H1N1
Mengagihkan 2000 topeng muka di setiap DUN dan 1000 buku sabun.
Gambar diperolehi daripada  singhealth.com.sg
Seminar Kesihatan
Jawatankuasa Tetap untuk Kesihatan untuk kerajaan negeri Selangor menganjurkan satu seminar bertajuk “Masa Depan Sistem Kesihatan di Malaysia” pada 18 Julai 2009 di Subang. Wakil daripada sektor kesihatan awam dan swasta serta penyertaan beberapa NGO perihatin turut menyertai seminar. Tiga kertas kerja utama dibentangkan oleh pakar yang dijemput. Laporan ini adalah berasaskan pembentangan dan bengkel perbincangan.
Pada tahun 2010, laporan akan diserahkan kepada Menteri Kesihatan di Parlimen.

Kem Kesihatan
Kerajaan negeri Selangor menganjurkan dua kem kesihatan setiap tahun pada 2008 dan 2009, dan mensasarkan 4 kem pada tahun ini dengan pendekatan berbeza. Fokus akan bertumpu kepada golongan miskin.
Pada tahun 2010, Alumni Manipal akan bekerjasama dengan negeri untuk menjalankan kem kesihatan ini. Kepakaran mereka ialah dalam pengesanan kanser awal (pap smear test), ujian diabetes dan rawatan gigi untuk peserta di kem kesihatan. Kem pertama dijadualkan pada 14 Mac 2010 di Batang Berjuntai, Kuala Selangor.

Pusat Dialisis Rakyat, PDR
Gambar diperolehi daripada :sandbox.xq8media.com
Kerajaan negeri Selangor mengenal-pasti beberapa kumpulan dan syarikat swasta sebagai rakan penggerak untuk mengoperasi pusat dialysis di negeri. Dengan kerjasama kerajaan negeri, rakan penggerak akan menjalankan perniagaan ini di mana kerajaan menyediakan premis yang sesuai untuk operasi mereka.

Perincian PDR
Gambar diperolehi daripada sandbox.xq8media.com
Dua pusat sudah beroperasi di Ampang dan Taman Medan
Dua lagi telah dikenal pasti di Ulu Kelang dan Sementa
52 Pusat dijangka untuk dibuka di setiap DUN dalam tempoh 5 tahun.
RM20 juta dijangka akan dilaburkan untuk program ini oleh pelabur swasta.
Pesakit yang layak akan menerima subsidi RM200 bagi satu sesi (pesakit kritikal perlukan 3 sesi setiap minggu).
Pusat ini dijangka boleh membantu 45 ribu pesakit dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Sumber diperolehi daripada:http://cnbersih.jelas.info

Hospital Kerajaan di Negeri Selangor

Bil
Nama dan Alamat
Talian untuk dihubungi
1.
Hospital Selayang
Lebuhraya Selayang-Kepong
68100 Batu Caves
No. Telefon : 03-61367788/61203233
No. Fax : 03-61377097
http://www.selayanghospital.gov.my/index.asp
2.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah
41200 Klang
No. Telefon : 03-3375 7000
No. Fax : 03-3374 9557
http://www.freewebtown.com/klanghospital/
3.
Hospital Banting
42700 Banting
No. Telefon : 03-3187 1333
No. Fax : 03-3181 8834
4.
Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
No. Telefon : 03-8736 3333
No. Fax : 03-8736 7527
5.
Hospital Sungai Buloh
47000 Sungai Buloh
No. Telefon : 03-6156 1324/1322
No. Fax : 03-6156 2470
6.
Hospital Tanjung Karang
45500 Tanjung Karang
No. Telefon : 03-3269 8333
No. Fax : 03-3269 5907
7.
Hospital Tengku Ampuan Jemaah
45200 Sabak Bernam
No. Telefon : 03-3216 3333
No. Fax : 03-3216 4333
8.
Hospital Kuala Kubu Bharu
Jalan Hospital
44000 Kuala Kubu Bharu
No. Telefon : 03-6064 1333
No. Fax : 03-6064 3039

Hospital Swasta di Negeri Selangor

Bil
Nama dan Alamat
Talian untuk dihubungi
1.
AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL
No.1, Jalan Mamanda 9,Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor
No. Tel : 03-42702500No. Fax : 03-42702443
Email:pr-marketing@ampangputeri.com.my
Laman Web: www.ampangputeri.com.my                
2.
ARUNAMARI SPECIALIST MEDICAL CENTRE
No.168 Jalan Batu Unjur 1, Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor
No.Tel : 03-33735222
No. 
Fax : 03-77841749
3.
ASSUNTA HOSPITALLot 68, Jalan Templer, 46990 Petaling Jaya, Selangor
No.Tel: 03-77823433
No.Fax:03-77841749
Email: assunta@po.jaring.my
Laman Web: www.assunta.com.my
4.
AZ-ZAHRAH ISLAMIC MEDICAL CENTRE
No.34 Medan Pusat Bandar 1, Section 19,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
No.Tel : 03-89252525
No.
Fax : 03-89259525
Laman Web:www.geocities.com/azzahrah97
5.
DAMAI SERVICE HOSPITAL (MELAWATI) Lot 9132- 9134, Jalan Bandar 4, Taman Melawati 
53100 Kuala Lumpur
No.Tel : 03-41089900
No.
Fax : 03-41089388
6.
DAMANSARA SPECIALIST HOSPITAL
No. 119, Jalan SS20/10, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor
No.Tel : 03-77222692
No. 
Fax : 03-77222617
Email: dsh@tm.net.my
Laman Web: www.dsh-kpj.com.my  
7.
DAMANSARA FERTILITY CENTRE
No. 55, Jalan SS21/56B, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor
No.Tel : 03-77293199
No.
Fax : 03-77278066
8.
KLINIK DAMO & PUSAT BERSALIN
Lot 26326/26327 Persiaran Raja Muda Musa,
Jalan Telok Gadong, 41200 Klang
No.Tel : 03-33726333No.Fax : 03-33732360
9.
DARUL EHSAN MEDICAL CENTRE
No 32 & 34, Jalan Tengku Ampuan Zabedah D/9D, Seksyen 9, 40100 Shah Alam
No.Tel : 03-58808868
No.
Fax : 03-58804594
10.
TUN HUSSIEN ONN NATIONAL EYE HOSPITAL
P.O.Box 514, Jalan Sultan,46760 Petaling Jaya, Selangor
No.Tel : 03-79561511No.Fax : 79576128
Laman Web: http://get.to/thoneh
11.
KAJANG SPECIALIST MATERNITY & SURGERY SDN BHD
Lot 119, Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor
No.Tel : 03-873333644
No.
Fax : 03-87363053
12.
KELANA JAYA MEDICAL CENTRE
No.1 FAS Business Avenue, Jalan Perbandaran SS7, 47301 Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
No.Tel : 03-77823433
No.
Fax : 03-77841749
13.
LAM SURGERY & MATERNITY HOME
SDN BHD
8 Jalan Batu Tiga, 41300 Klang, Selangor
No.Tel : 03-33425807
No.
Fax : 03-33425809
14.
PANTAI KLANG SPECIALIST CENTRE
42 Persiaran Raja Muda Musa, 41100 Klang, Selangor
No.Tel : 03-33735222
No.
Fax : 03-77841749
Laman Web: www.pantai.com.my
15.
KLINIK PURAVI & MATERNITY HOME
42 Jalan Nanas, 41400 Klang, Selangor
No.Tel : 03-3423206
No.
Fax : 03-3438855
16.
QHC MEDICAL CENTRE
11A Jalan USJ 10/1A, 47620 Subang Jaya
No.Tel : 03-56327730
No.
Fax : 03-563164342
17.
SALAM MEDICAL CENTRE
4 -12, Jalan Nelayan 19/B Seksyen 19,
40300 Shah Alam, Selangor
No.Tel : 03-55485161
No.
Fax : 03-55410503
18.
SELANGOR MEDICAL CENTRE
Lot 1 Jalan Singa 20/1 Seksyen 20,
40300 Shah Alam, Selangor
No.Tel : 03-55431111
No.
Fax : 03-55431722
Email: smcsb@po.jaring.my
Laman Web: www.smcsb.com.my  
19.
KLINIK PAKAR WANITA SHEELA DAN RUMAH BERSALIN
Lot 36, 38 & 40, Jalan Batu Laut, Taman Intan off Jalan Batu 3 Lama,41300 Klang Selangor
No.Tel : 03-33414500
No.
Fax : 03-33436926
20.
SRI KOTA MEDICAL CENTRE
Jalan Mohet, 41000 Klang Selangor
No.Tel : 03-33733636
No.
Fax : 03-33736888
21.
SUBANG JAYA MEDICAL CENTRENo.1, Jalan SS12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor
No.Tel: 03-56341212
No.Fax: 03-56335910
Email: sjmc@simenet.com
Laman Web: www.sjmcnet.com/sjmc
22.
SUNWAY MEDICAL CENTRE
No 5 jalan Lagoon Selatan Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya, Selangor
No.Tel : 03-77823433
No.
Fax : 03-77841749
Email: smc@sunmed.com.my
Laman Web: www.sunmed.com.my
23.
TEE MATERNITY & GYNAE SPECIALIST CENTRE
32 Jalan Pasar,41400 Klang Selangor
No.Tel : 03-33412277
No.
Fax : 03-33424479
24.
WIJAYA INTERNATIONAL MEDICAL CENTER
No.1, Jalan 215, Seksyen 52, Off Jalan Templer, 46050 Petaling Jaya, Selangor
No.Tel : 03-76207979
No.Fax : 03-76207929  
 
Sumber Diperolehi daripada:http://www.selangor.gov.my/main.php
Pada 21 Julai 2011

Makan Untuk Kesihatan : Resepi Kehidupan Sihat

Kempen Cara Hidup Sihat yang bertemakan "Makan Untuk Kesihatan" memberikan penekanan kepada aspek-aspek tabiat makan yang buruk di kalangan masyarakat Malaysia umumnya. Tabiat buruk ini telah diakui boleh mendatangkan pelbagai implikasi ke atas status kesihatan masyarakat seperti masalah obesiti, diabetis, penyakit jantung koronari dan sebagainya.
  
Pengambilan makanan pada asasnya merupakan satu keperluan asasi untuk manusia terus hidup dan merangkumi bidang yang luas. Untuk tujuan kempen ini, 4 aspek utama akan diberikan penekanan iaitu seperti berikut;










1. Pengamalan diet yang sihat
  • Makan pelbagai jenis makanan
  • Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
  • Pilih diet yang tinggi kandungan bijian, kekacang dan legumes
  • Makan lebih sayuran dan buah-buahan
  • Banyakkan minum air (6-8 gelas sehari)
  • Pilih diet yang mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah
  • Pilih diet yang mengandungi gula dan garam yang rendah
  • Makan makanan yang bersih dan selamat
2. Mengekalkan berat badan yang ideal / sesuai
  • Kepentingan untuk mengetahui tahap BMI / WHR
  • Melakukan senaman secara berterusan / berkala
3. Memahami perlabelan makanan
  • Kepentingan memahami perlabelan makanan dan kandungan nutrien
4. Menyediakan makanan yang sihat di premis makanan
  • Kantin di tempat kerja
  • Hotel dan restoran
  • Kantin sekolah
  • Penjaja dan makanan segera
    Sumber di perolehi daripada : http://www.selangor.gov.my/   Pada 27 Julai 2011 

Kecemasan : Pertolongan Cemas Di Rumah

Pertolongan cemas merupakan satu aspek penting dalam kehidupan harian. Ia merujuk kepada tindakan awal atau pertama yang dilakukan dalam keadaan kecemasan. Dengan perkataan lain, ia merupakan pertolongan cemas terhadap individu tertentu yang cedera atau tidak berupaya, sementara menunggu ketibaan pegawai perubatan ataupun sebelum di hantar ke klinik atau hospital terdekat. Ia mungkin dapat membantu memperbaiki keadaan mangsa atau dapat menyelamat dan menyembuhkan kesakitan yang dialaminya. Walau bagaimanapun, pertolongan cemas tidak boleh dijadikan penggantian kepada penjagaan perubatan sebenar. Ia hanyalah merupakan suatu pertolongan yang dapat diberi sementara bantuan sebenar tiba.
ALAT PERTOLONGAN CEMAS
Alat pertolongan cemas perlu mengandungi beberapa peralatan yang penting untuk digunakan ketika kecemasan.
Ia lazimnya mengandungi:
  • Pengesat kain kasa yang steril
  • Pembalut kain kasa yang steril dan gulungan kapas
  • Plaster pelekat
  • Pembalut kenyal
  • Pembalut segi tiga
  • Termometer (Jangka suhu) klinikal
  • Gunting
  • Penyepit dengan hujung yang tajam
  • Klip atau pin keselamatan
  • Ubat sapu seperti krim antigatal, losyen antiseptik dan sebagainya
  • Ubat-ubatan untuk penyembuhan dalaman seperti antasid, ubat penghilang kesakitan, ubat melawan demam.
Terdapat pelbagai bahaya dan kecederaan yang mungkin berlaku di dalam sesebuah rumah sekiranya kita tidak berhati-hati seperti luka terbakar, gigitan dan sengatan serangga atau binatang berbisa, tercekik, kekejangan, tulang patah dan sebagainya.
LUKA TERBAKAR DAN MELECUR
Luka terbakar ialah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh suhu tinggi, bahan kimia atau sinaran. Melecur pula terjadi akibat pendedahan terhadap haba lembap seperti wap atau cecair panas.
  • Alihkan atau buangkan punca kecederaan tersebut
  • Tanggalkan perlahan-lahan pakaian, barang kemas, tali pinggang atau jam dari bahagian yang tercedera kecuali jika ia melekat pada kulit.
  • Sejukkan bahagian yang tercedera secepat mungkin dengan merendamkannya ke dalam air sejuk selama 10 - 15 minit.
  • Balut bahagian yang tercedera dengan longgar menggunakan pembalut steril atau kain nipis yang serupa dengannya.
  • Jangan sapukan sebarang krim, losyen, minyak, salap, mentega atau bahan lemak pada bahagian yang tercedera.
  • Jangan pecahkan lepuh yang timbul atau melakukan apa-apa di bahagian berkenaan.
  • Jangan menggunakan sebarang pembalut yang melekat atau wul kapas pada luka.
PENDARAHAN
Prinsip asas pengawalan pendarahan ialah menghadkan pengaliran darah ke bahagian yang luka dengan meninggikan bahagian tersebut dan memberi tekanan ke bahagian yang terlibat.
  • Tekankan semampatnya kain pembalut yang bersih dan yang boleh menyerap pada luka untuk selama 20 minit. Jika terdapat serpihan benda asing dalam luka, tekan di bahagian kelilingnya.
  • Jika tiada tulang yang patah, retak atau terkehel, tinggikan bahagian tersebut sementara mengekalkan tekanan untuk mengurangkan pendarahan.
  • Jika pendarahan berterusan, tekan arteri yang berdekatan dengan bahagian luka.
  • Cuci bahagian sekeliling luka dengan air sejuk selama 10 - 15 minit dan lapkannya di bahagian tepi luka menggunakan pad atau kasa yang bersih. Pendarahan dari sesetengah luka kecil akan terhenti jika dibasuh dan dibalut dengan kemas.
  • Tutup atau balut luka tersebut dengan segera.
  • Bungkus mana-mana bahagian yang terputus dalam beg khas dan seboleh-bolehnya masukkannya ke dalam ais.
  • Suntikan tetanus mungkin perlu diberi kepada mangsa.
  • Jika hidung berdarah, picitkan hidung di bahagian bawah tulang hidung untuk selama 5 minit. Pastikan kepala sentiasa terdongak.
  • Jangan berikan sebarang makanan atau minuman.
  • Jangan sentuh atau menarik keluar objek atau benda asing yang menusuk luka kerana dikhuatiri akan menyebabkan pendarahan bila dikeluarkan.
GIGITAN DAN SENGATAN
Tanda-tanda dan gejala yang mungkin dilihat ialah bekas gigitan, bengkak dan kesan kemerahan, sakit di bahagian yang terlibat, loya dan muntah, kesukaran bernafas dan menelan, reaksi alahan seperti renjatan dan sebagainya.
  • Cuci bahagian yang tercedera dengan air suam dan sabun, atau bahan antiseptik yang lembut.
  • Keringkan bahagian berkenaan dengan cermat dengan mengelapkannya bermula dari bahagian luka dan ke luar.
  • Jika perlu sapukan losyen Calamine untuk menghilangkan rasa gatal. Tutupkan luka berkenaan dengan pembalut yang bersih dan letakkan plaster.
  • Tuamkan dengan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.
  • Untuk gigitan berbisa, jangan sekali-kali mencuci, memotong atau menghisap bisa dari bahagian gigitan. Sebaliknya, cuba kurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut.
  • Elakkan dari memicit kantung racun kerana ini akan menyebarkan racun berkenaan ke bahagian lain dalam badan.
CEKIKAN
Cekikan berlaku apabila saluran udara tersekat sepenuhnya atau sebahagian sahaja disebabkan tertelan sesuatu objek atau benda. Mangsa biasanya tidak dapat bercakap, batuk atau bernafas. Tujuan utama rawatan adalah untuk melapangkan saluran udara yang tersekat.
  • Minta mangsa batuk dengan kuat untuk mengeluarkan objek yang tersekat.
  • Jika objek berkenaan dapat dilihat dan mungkin boleh dikeluarkan, cuba keluarkannya dengan menggunakan jari yang bersih.
  • Jika mangsa tidak dapat bercakap, batuk atau bernafas, cuba gunakan teknik tepukan belakang. Tepuk belakang mangsa menggunakan tapak tangan dengan 3 atau 4 tepukan yang padu di bahagian antara tulang kipas mangsa.
  • Jika mangsa merupakan kanak-kanak kecil, tonggengkannya semasa memberi tepukan.
  • Untuk kanak-kanak yang lebih dewasa, semasa memberikan tepukan, sokongkan kepalanya dengan peha dan biarkan mukanya tertunduk ke bawah.
  • Lonjakan abdomen merupakan satu lagi kaedah yang boleh digunakan untuk merawat cekikan.
  • Berdiri di belakang mangsa dan peluk pinggangnya
  • Letakkan bahagian ibu jari genggaman tangan anda di tengah-tengah abdomen mangsa.
  • Dengan tangan yang sebelah lagi memegang genggaman tersebut, tekannya ke dalam dan luar abdomen dengan cepat dan mampat.
  • Untuk mangsa yang tidak sedarkan diri, palingkan mukanya ke atas, duduk melutut dengan mangsa di tengah-tengah dan letakkan pangkal genggaman tangan anda di tengah abdomen dan atas sedikit dari pusat.
  • Tekan genggaman tangan tersebut dengan tangan yang sebelah lagi secara naik turun menghala ke kepala mangsa.
  • Beri mangsa menyedut air perlahan-lahan selepas halangan tersebut dikeluarkan.
  • Jangan gunakan lonjakan abdomen ini pada mangsa yang hamil atau mempunyai berat badan yang berlebihan.
KERACUNAN
Racun ialah sebarang bahan yang boleh menyebabkan kerosakan jika memasuki ke dalam tubuh. Racun boleh ditelan, disedut, disuntik atau diserap melalui kulit.
Hubungi Khidmat Maklumat Racun (Tel: 04-6570099) dan beritahu mereka jenis racun, jumlah dan bila racun berkenaan diambil.
  • Jika mangsa tidak bernafas, berikannya bantuan pernafasan dengan melakukan mampatan dada. Resusitasi (teknik A.B.C) perlu dilakukan sekiranya mangsa masih bernafas, tetapi denyutan jantungnya telah berhenti.
  • Jika mangsa tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas, baringkannya mengiring dalam kedudukan pemulihan.
  • Untuk racun yang disedut, alihkan mangsa dari bahaya ke kawasan yang berudara segar.
  • Untuk racun yang diserap, basuh semua sisa-sisa kimia yang tertinggal pada kulit.
  • Untuk racun yang ditelan, jangan cuba mencetuskan muntah kerana ini mungkin membahayakan lagi keadaan pesakit.
TERKENA ARUS ELEKTRIK
Pengaliran arus elektrik menerusi badan boleh menyebabkan degupan jantung terhenti, luka terbakar dan renjatan.
  • Tutup bekalan elektik
  • Putuskan hubungan mangsa dengan sumber elektrik menggunakan kain yang tidak mengalirkan arus elektrik sementara berdiri di atas bahan penebat yang kering.
  • Jika perlu mulakan resusitasi atau letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.
  • Rawat sebarang luka terbakar atau renjatan yang berlaku.
PENGSAN
Pengsan ialah keadaan tidak sedarkan diri untuk seketika berpunca dari pengurangan pengaliran darah ke otak yang sementara.
  • Jika mangsa telah pengsan tetapi masih bernafas seperti biasa, baringkannya dengan kaki ditinggikan sedikit dari paras kepala.
  • Longgarkan pakaian mangsa di bahagian leher, dada dan pinggang untuk memudahkan pernafasan.
  • Mangsa patut terus berbaring untuk beberapa minit selepas pulih.
RENJATAN
  • Gejala-gejala renjatan termasuklah:
  • Kulit kelihatan pucat
  • Kabur penglihatan
  • Kulit lembap atau dingin
  • Loya atau muntah
  • Pernafasan yang pendek tetapi cepat
  • Dahaga
  • Denyutan nadi yang lemah dan cepat.
  • Keresahan
  • Pening atau rasa hendak pitam.
Rawatan
  • Baringkan mangsa dan rawat sebarang kecederaan yang ketara atau keadaan-keadaan lain yang telah menyebabkan renjatan
  • Tenangkan mangsa
  • Longgarkan pakaian mangsa di bahagian leher, dada dan pinggang
  • Selimutkan mangsa dengan kain nipis seperti kot atau selimut
  • Jika boleh, tinggikan kaki mangsa untuk mempercepatkan pengaliran darah balik ke otak.
  • Jika mangsa merasa dahaga, lembapkan bibirnya tetapi jangan memberi mangsa sebarang minuman.
  • Berikan mangsa minum teh panas untuk kes-kes renjatan emosi.
  • Akhirnya, bagi kesemua kes renjatan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera selepas memberikan pertolongan cemas. Bagaimanapun, jangan biarkan mangsa bersendirian.
Sumber diperolehi daripada : http://www.selangor.gov.my/
Pada 27 Julai 2011