Pendidikan


Gambar diperolehi daripada :myfinancial.uitm.edu.my
Salah sebuah Universiti Tempatan yg terdapat di Negeri Selangor

Kerajaan negeri Selangor sedar bahawa pendidikan adalah penting dalam membentuk anak muda untuk masa depan yang lebih baik. Komitmen dipastikan untuk memastikan semua penduduk Selangor mendapat akses kepada kualiti pendidikan. Meskipun Kementerian Pendidikan menentukan Dasar Pendidikan Nasional, kerajaan negeri Selangor tidak mengabaikan tanggungjawab membentuk visi Selangor sebagai hub Pengetahuan dan Pendidikan dan berusaha menyumbang secara signifikan untuk maksud ini sama ada di peringkat rendah hingga universiti.


Selangor Sebagai Hub Pengetahuan dan Pendidikan
Program Pendidikan Tinggi
Gambar diperolehi daripada :jejakilmuwanselangor.blogspot.com

Seminar dan konferens dianjurkan di peringkat antarabangsa untuk memperkenalkan institusi di Selangor kepada dunia. Objektif konferens ini selain daripada memperkenalkan institusi, juga untuk menarik ahli akademik dan pelajar luar negara menyertai institusi ini. Ini akan menjadikan institusi ini pusat rujukan dan ilmu bagi pelbagai disiplin, dengan matlamat menyelesaikan masalah di peringkat nasional dan antarabangsa.
Konferens Akademi Sains dalam Dunia Islam
·        Dianjurkan pada 14-17 Disember 2009
·        Objektif:
·        Untuk meningkatkan keseadaran awam tentang konsep masyarakat berpengetahuan secara umum, dan kumpulan pembuat keputusan secara khususnya.
·        Meninjau peranan wanita dalam prosedur pengetahuan sains dan perusahaan saintifik dalam OIC serta negara membangun.
·        Untuk menggariskan cabaran berkaitan R&D di negara OIC (pandangan pekerja pengetahuan)
·        Untuk mengukuhkan aplikasi sains dengan menghubungkannya kepada sektor swasta.
·        Untuk mengukuhkan hubungan sains serta komuniti saintifik dengan media (sebaran ilmu)
·        Untuk bekerjasama dengan anak muda dalam negara OIC berkaitan sains, teknologi dan inovasi (STI) (pengetahuan untuk masa depan)
·        Dianjurkan bersama oleh:
·        Islamic World Academy of Sciences (IAS), Amman, Jordan
·        Akademi Islam Antarabangsa dalam Sains Kehidupan dan Bioteknologi (IIALSB), Universiti Industri Selangor (UNISEL)
·        Kerajaan negeri Selangor
·        Peserta:
·        233 saintis daripada seluruh dunia terutama dari negara OIC, termasuk institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
·        Peserta datang antaranya dari Sudan, Bangladesh, Australia, Tunisia, Jordan, Pakistan.

 Konferens Antarabangsa ke-7 berkaitan Pendidikan Muslim
·        Dianjurkan pada 21-23 Disember 2009.
·        Objektif:
·        Menghimpun sarjana dan penyelidik dari seluruh dunia dan memberi peluang berinteraksi dan membentuk jaringan sesama mereka.
·        Untuk membincang dan menganalisa impak globalisasi dan cabaran kepada pembangunan pendidikan muslim di dunia.
·        Untuk mencadangkan penyelesaian kepada isu pendidikan muslim.
·        Untuk mendokong inisiatif kerajaan negeri Selangor dalam sasarannya berkaitan pendidikan Islam.
·        167 profesionals dalam bidang pendidikan, termasuk wakil daripada universiti awam dan Akademi Islam Cambridge, Mufti Republik Kazakhstan, Yaman, Pakistan, Indonesia, Hong Kong, Turkey, dan negara lain.
·        Kos: RM 200,000.

Peruntukan kewangan
Tajaan kewangan diinisiatifkan untuk menaja professorship, chairmanships dan kemudahan terpilih untuk pengajaran di institusi swasta tempatan. Kerajaan negeri percaya keperluan melabur dalam bidang pendidikan untuk meningkatkan kesarjanaan dan pemikiran inovatif.
Program Tajaan Kewangan untuk Institusi Swasta di Selangor (Kursus Professorship)
Objektif:
·        Meningkatkan daya saing untuk mendapatkan tajaan kewangan bagi sektor awam dan swasta melakukan aktiviti penyelidikan.
·        Mengukuhkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan akademik.
·        Menempatkan institut pengajian di Selangor di kalangan universiti yang dikenali dalam bidang Bioteknologi dan Pendidikan Islam.
·        Kos: RM 1,000,000.
·        RM 500,000 untuk UNISEL (Universiti Industri Selangor) dan RM 500,000 untuk KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor) sebagai geran pemula untuk menggalakkan pihak lain menyumbang bagi program penyelidikan.
·        Makmal Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran.

Program “Jejak Ilmuan”
Gambar diperolehi daripada farishaudad.wordpress.com
Program ini dimulakan untuk mencipta jaringan intelektual dan pekerja pengetahuan di Selangor. Program ini akan menghubungkan anak muda dengan generasi terdahulu untuk bersama berkongsi pengalaman berharga, bertukar fikiran dan menjana perbincangan intelektual yang tinggi.
Objektif;
Untuk mengenalpasti, mengukur dan membina pengkalan data serta jaringan pengetahuan.
·        Untuk melahirkan generasi intelektual.
·        Untuk mengenengahkan intelektual penting untuk dicontohi komuniti.
·        Untuk mempromosi aktiviti berasaskan pengetahuan sebagai budaya di Selangor.
·        Kos: RM 700,000.
·        Program:
·        Program “Jelajah Ilmuwan”
·        Memperkenal intelektual dan pekerja intelek kepada komuniti dan mendedahkan anak muda kepada kisah kejayaan mereka.
·        Program dijalankan di:
·        Kuala Selangor
·        Klang
·        Sabak Bernam.
·        Program “Tunas Ilmuwan”
·        Pengkalan data dibangunkan untuk mengumpul para intelektual dan pekerja pengetahuan untuk mendokong mereka.
·        Pelajar terbaik SPM 2008 di negeri Selangor diberikan anugerah untuk dorongan kepada pelajar lain.
·        Hari Ilmu
·        Mentor
Program Pendidikan
“Program Tuisyen Rakyat”
Program tuisyen percuma mensasarkan keluarga berpendapatan rendah yang tidak mampu menyediakan kelas tambahan kepada anak-anak mereka. Kerajaan negeri Selangor komited menyediakan bantuan kepada keluarga ini dan percaya bahawa pendidikan adalah jalan terbaik untuk menghak-upaya kanak-kanak bagi tempoh jangka masa panjang.
·        Skim Bantuan Yuran Kelas Tambahan UPSR/PMR/SPM
·        Bantuan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah dengan pencapaian akademik yang sederhana.
·        100 pelajar dari setiap DUN diberi peluang untuk menyertai skim ini.
·        Kandungan Program termasuk
·        Program Keibu-bapaan
·        Program Persediaan Peperiksaan Akhir
·        Peruntuk buku catatan kepada setiap peserta.
·        Kos: RM 3,450,000.
·        Peserta: 4305.
·        Jumlah Pusat Kelas Tambahan: 115

 Agihan sokongan kepada sekolah di Selangor.
Kerajaan negeri mempunyai visi untuk pendidikan di Selangor agar menjadi hub Pengetahuan dan Pendidikan. Bagi mencapai matlamat ini, perhatian khusus diberikan kepada pembangunan infrastruktur dan pendidikan di sekolah, serta kualiti guru dan pelajar.
·        Visi negeri : Menjadikan Selangor hub Pengetahuan dan Pendidikan.
·        Usaha diambil bagi menjayakannya.
·        Menambah-baik kemudahan dan infrastruktur di sekolah.
·        Meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah.
·        Meningkatkan kualiti pelajar dari aspek moral dan akademik.
·        Meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah.
·        Bagi meningkatkan usaha di atas, kerajaan negeri Selangot telah mengagihkan sumbangan kepada sekolah dengan sasaran khusus.


No
Jenis Sekolah
Bilangan Sekolah
Jumlah Agihan
1
Agama
146
RM 5,425,972.00
2
Cina
83
RM 6,000,000.00
3
Tamil
97
RM 3,957,726.00
Jumlah
326
RM 15,383,698.00
Sejumlah 326 sekolah mendapat bantuan kewangan
Jumlah agihan: 96.14%

Isu pemberian tanah kepada sekolah Tamil juga dibincangkan, memandangkan kurang ruang yang mencukupi untuk sekolah Tamil pada masa ini. Kerajaan negeri Selangor telah mengenal pasti dan meluluskan tanah untuk sebuah sekolah di Klang.
·        2.72 ekar tanah di Klang diberikan kepada sekolah rendah yang sedia ada untuk dibina tambahan bangunan sekolah yang boleh menampung sehingga 1000 pelajar.
·        Bangunan sedia ada tidak cukup besar untuk menampung jumlah pelajar.
·        Buat masa ini, ibu bapa dikerah menghantar pelajar ke sekolah lain yang jauh.
·        Dengan adanya bangunan baru, ibu bapa yang mempunyai kewangan terhad mendapat pilihan lebih baik untuk anak-anak mereka.
 Sumber diperolehi daripada :http://cnbersih.jelas.info

PPAS Perkenal Konsep ‘Perpustakaan Rumah Keduaku’
Gambar diperolehi daripada safiyahezora.blogspot.com

SHAH ALAM, 26 JULAI – Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kira-kira RM71 juta bagi menyempurnakan pembinaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serba canggih dan lengkap serta berteknologi tinggi.

Bersesuaian dengan status Selangor sebagai negeri maju, PPAS juga bermatlamat menjadi Perpustakaan Selangor Maju dan menjadi “Perpustakaan Rumah Keduaku”, pusat pertemuan perniagaan serta pusat tumpuan masyarakat.
Gambar diperolehi daripada doctorbuilding.blogspot.com
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata kewujudan PPAS tepat pada masanya bersesuaian dengan hasrat Kerajaan Negeri mahu menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan di negara ini.
Gambar diperolehi daripada doctorbuilding.blogspot.com
Gambar diperolehi daripada doctorbuilding.blogspot.com
Katanya, dengan konsep “Perpustakaan Rumah Keduaku” dan dilengkapi pelbagai kemudahan lengkap, PPAS juga mampu menjalankan peranan membantu kerajaan dalam menurunkan kadar jenayah dan gejala sosial.
“Kita telahpun boleh menyediakan satu prasarana yang canggih, berteknologi tinggi dan pelbagai fungsi untuk disediakan kepada seluruh pengunjung-pengunjung dan ini adalah satu lagi produk oleh Kerajaan Negeri Selangor yang telahpun melabur sebanyak lebih kurang RM71 juta untuk perpustakaan ini.
Gambar diperolehi daripada doctorbuilding.blogspot.com
“Daripada segi perbandingan bangunan-bangunan perpustakaan di seluruh Malaysia,  yang ini (PPAS) boleh dikatakan yang terbaik,” katanya.
Gambar diperolehi daripada doctorbuilding.blogspot.com
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke PPAS hari ini.Turut hadir, Pengarah PPAS, Mastura Muhamad.
PPAS di Seksyen 13 Shah Alam bersebelahan Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, mula dibuka pada 22 Julai lalu serta ia beroperasi mulai jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang pada setiap hari dan hanya ditutup pada cuti umum.
Katanya, Kerajaan Negeri juga akan membantu bagi memudahkan orang ramai bagi mengunjungi perpustakaan ini dengan kemudahan pengangkutan awam yang sesuai.
Namun jelasnya, apa yang lebih penting kemudahan di PPAS yang amat menyenangkan semua pihak sert sesuai dengan semua peirngkat usia dan begitu mesra pengunjung.
Gambar diperolehi daripada doctorbuilding.blogspot.com
“Dari segi prasarana, segala-galanya ada di sini. Bercakap pasal sumber ilmu  daripada buku daripada digitalnya segalanya di sini. Jadi dunia menjadi sangat dekat (the world is very close).
“Kita membawa konsep rebranding daripada 26 Mei 2009 maknanya penjenamaan semula perpustakaan bukan sahaja tempat menyimpan, meminjam dan memulang buka tetapi satu tempat boleh dijadikan “My Second Home”,” katanya.
Gambar diperolehi daripada doctorbuilding.blogspot.com
Beliau berharap kewujudan PPAS akan digunakan sepenuhnya oleh seluruh masyarakat kerana perpustakaan itu memang dibina untuk rakyat dengan segala keperluan tersedia di situ.
PPAS yang  mempunyai enam aras secara keseluruhan dan berkeluasan 18,921.91 meter persegi dapat memuatkan seramai 1,500 orang pada satu-satu masa.
Gambar diperolehi daripada doctorbuilding.blogspot.com
Antara kemudahan tersedia di perpustakaan yang kini memiliki koleksi lebih 200,000 buah buku  adalah internet dan multimedia, teater 3D dan 6D, dewan PPAS, dewan serbaguna, sudut interaktif, gymnasium, ruang Orang Kelainan Upaya (OKU), bilik seminar, bilik perbincangan, Selangor info hub, wifi dan kafetaria.
Gambar diperolehi daripada doctorbuilding.blogspot.com
Pada 27 Julai 2011
Selangor Beri RM6 Juta Bantuan Pendidikan
Thursday, 09 June 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 9 JUN - Kerajaan Negeri Selangor mengadakan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Fasa Pertama 2011 sebanyak lebih RM6 juta untuk tiga kategori sekolah iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor.
Majlis penyampaian itu diserahkan melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat di kesemua 56 DUN Selangor untuk diserahkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat di setiap kawasan masing-masing.
Dr Halimah Ali yang ditemui pada majlis tersebut turut menyarankan supaya Adun-Adun dan Pusat Khidmat Masyarakat dapat menyampaikan maklumat berhubung peruntukan tersebut sekali gus membantu menguruskan permohonan itu.
“Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan pembangunan pendidikan daripada kerajaan negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Bagi tahun 2011, katanya kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan pendidikan sebanyak RM16 juta untuk SAR (RM6 juta), SJKC (RM6 juta) dan SJKT (RM4 juta).
Katanya, keseluruhan peruntukan bagi bantuan pembangunan pendidikan fasa pertama melibatkan SAR, SJKC dan SJKT adalah sebanyak RM6,652,786.
Beliau yang juga Adun Selat Klang berkata, Sekolah Agama Rakyat yang menerima peruntukan Fasa Pertama 2011 adalah sebanyak 121 buah sekolah, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebanyak 75 buah sekolah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pula sebanyak 97 buah sekolah.
Permohonan Bantuan Pembangunan Pendidikan bagi Fasa Kedua pula akan dibuka bermula 10 Jun 2011 manakala tarikh tutup permohonan pada 11 Julai 2011.
Borang boleh didapati sama ada melalui portal selangor http://www.selangor.gov.my/main.php, pejabat Adun, Pusat Khidmat Masyarakat atau Unit Pendidikan di talian 03-55212283.
Pada 27 Julai 2011

Hari Ilmu Selangor 2011 Buat Kelainan

Friday, 27 May 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 27 Mei – Atas kejayaan sambutan hebat daripada pembaca di negeri Selangor dalam Hari Ilmu Selangor pada tahun lalu, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sekali lagi akan menganjurkan ‘Hari Ilmu’ bermula pada 24 Jun sehingga 3 Julai ini.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata sambutan Hari Ilmu Selangor ini juga meletakkan harapan kepada pemimpin-pemimpin di sekitar untuk memainkan peranan dalam menguar-uarkan konsep hari ilmu kepada seluruh rakyat di negeri ini.
Ujar beliau, kempen ini merupakan di antara proses dan inisiatif kerajaan negeri dalam mendidik rakyat supaya sedar akan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian.
“Tetapi konsep kali ini kita mahu dipanjangkan, diperluaskan dan juga menjangkau lebih ramai lagi kita punya pembaca, itu adalah konsep kita nak membudayakan ilmu pembacaan ini.”
Dalam pada itu, menurut Pengarah PPAS, Mastura Muhamad kelainan yang akan diangkat pada tahun ini bagi menarik lagi jumlah pembaca di Selangor adalah dengan memberi pelbagai jenis buku  untuk dipamerkan.
“Kali ini tanggungjawab terletak pada bahu-bahu penerbit buku, pereka grafik buku. Maknanya untuk membuat orang tu terus membaca adalah tanggungjawab penulis untuk buat benda yang kreatif, menarik dan memberi faedah kepada pembaca itu sendiri.
Malah menurut beliau lagi, buat pertama kalinya kempen “15 Minutes Reading Break” diperkenalkan bagi menjadikan amalan membaca selama 15 minit sebagai saat yang amat bernilai buat seluruh rakyat Selangor.
“Kali ini kelainan kita adalah kita buat perhimpunan dan konvensyen penulis dan juga ‘Campaign 15 Minutes Reading Breaks’. Kempen ini mendapat insiprasi daripada konsep Earth Hour.”
Kempen membaca ini akan diadakan secara serentak di seluruh Negeri Selangor.
Waktu sasaran ialah pada jam 10.45 pagi hingga 11.00 pagi, pada hari Ahad, 26 Jun 2011.
Majlis dwi Perasmian Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011 akan berlangsung pada 26 Jun ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan Majlis bakal disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pesta Buku Selangor 2011 akan disertai oleh pelbagai penerbit dan pengedar buku yang akan mempamerkan pelbagai buku-buku terbitan dalam dan luar negara dan sejumlah 150 buah gerai akan menyertai pameran ini.
Sasaran pengunjung tahun ini adalah seramai 350,000, sebanyak 70 pempamer yang akan menyertai hari ilmu ini, antaranya adalah Al Hidayah House Of Publisher Sdn Bhd, Ana Muslim Distributor Sdn Bhd, Cerdik Publication Sdn Bhd, E-Media Publication Sdn Bhd, Ez Math, Galeri Buku Shabab dan pelbagai syarikat penerbitan lain.
Pada 27 Julai 2011



Laman Web Rasmi Jabatan Pelajaran Selangor

Misi-Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/

Bahgian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor
Misi-Membina dan mengekalkan budaya penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan guru dan murid bagi mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Perpustakaan Awam Negeri Selangor
Diantara misinya adalah -Membangunkan prasarana perpustakaan yang lengkap,selesa,kondusif,serta terkini bagi memenuhi keperluan masyarakat.

Laman Web Rasmi Yayasan Selangor
Misi-Membangunkan generasi idaman negeri selangor dan memenuhi tanggungjawab sosial dalam  mengimbangi peluang pendidikan sebagai aktiviti teras di kalangan semua lapisan masyarakat negeri selangor
http://www.yayasanselangor.org.my/

Bahagian Pendidikan Islam
Misi-Mengurus hal ehwal pendidikan islam dengan ikhlas,amanah,hikmah,ukhuwwah dan berkesan.
http://pendidikan.jais.gov.my/


Berita tentang pendidikan,Pendidikan tinggi,dan pembangunan modal insan dari perspektif kerajaan negeri selangor serta program dan aktiviti yang berkaitan.
http://jejakilmuwanselangor.blogspot.com/