Kebajikan (M.E.S)






MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR ( M E S )

1.Air Percuma Setiap Bulan

2.Skim Mesra Usia Emas
3.Tabung Warisan Anak Selangor
4.Pusat Khidmat Krisis Sehenti
5.Hadiah Anak Masuk Universiti
6.Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
7.Program Penigkatan Hasil Bahan Mineral & Galian
8.Skim Kesihatan Wanita
9.Program Mikroedit Miskin Bandar (MiMBAR)
10.Skim Mikroedit Selangor
11.Pusat Dialisis Rakyat
12.Kemudahan Cuti Tambahan
13.Pusat Tuisyen Rakyat


AIR PERCUMA SETIAP BULAN
Gambar diperolehi daripada mes.selangor.gov.my
Kerajaan Pakatan Rakyat menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.

Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan. 


PENDAHULUAN
Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Mac 2008 telah mengumumkan dasar pelaksanaan Tujuh (7) Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), termasuk pemberian air percuma 20 meter padu pertama kepada pengguna air domestik yang menggunakan meter individu di Negeri Selangor mulai bulan Jun 2008.


OBJEKTIF PROGRAM
Tujuan Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.
Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi Cadangan Penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat di Selangor.


SYARAT-SYARAT
Bekalan air percuma 20 meter padu ini layak dinikmati pengguna-pengguna domestik bermeter individu. Bagi pengguna domestik yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium, pangsapuri serta apartmen, mereka perlu menukar kepada meter individu terlebih dahulu sebelum menikmati pemberian air percuma ini. Urusan penukaran meter ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).


CARA PELAKSANAAN
Kerajaan Negeri Selangor, melalui anak syarikatnya iaitu KDEB akan menanggung kos pembayaran kepada SYABAS bagi pemberian air percuma 20 meter padu pertama ini atau purata rebat sebanyak RM11.00 sebulan bagi setiap pengguna domestik bermeter individu berjumlah 1.0 juta orang berdasarkan bil penama penggunaan air di Selangor. Rekod pembayaran oleh KDEB ini tercatat di setiap bil penggunaan air yang diterima oleh kumpulan yang layak setiap bulan yang dikeluarkan oleh SYABAS.


Sumber diperolehi daripada : Laman web Kumpulan Darul Ehsan Berhad: kdeb.com


SKIM MESRA USIA EMAS

Gambar diperolehi daripada mes.selangor.gov.my
Manfaat khairat kematian bernilai rm 2,500 untuk warga emas / oku yang layak

skim mesra usia emas, adalah salah satu dari 7 agenda merakyatkan ekonomi negeri selangor (fasa 1). agenda ini adalah inisiatif kerajaan pakatan rakyat yang mula memerintah selangor mulai dari mac 2008. skim ini dilancarkan pada bulan ogos 2008 dan secara rasmi bermula pada 1hb oktober 2008.


Skim mesra usia emas (smue) ini adalah skim khairat kematian, sebagai menghargai warga emas, tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka. ia adalah pemberian percuma kerajaan negeri selangor kepada warga emas dan oku yang layak. apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh lah menuntut dari pusat khidmat dun di tempat mereka telah didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak rm2,500.


Tujuan khairat kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.


Syarat kelayakan memohon:


1. warga emas yang layak mendaftar adalah seorang warganegara malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; dan
 1.1 lahir dan sedang menetap di negeri selangor; atau
 1.2 lahir di wilayah persekutuan kuala lumpur sebelum 1/2/1974 dan sedang menetap di negeri selangor atau di wilayah persekutuan; atau
 1.3 bermastautin di negeri selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran negeri selangor)



Sumber diperolehi daripada :laman web rasmi skim mesra usia emas: 
e-mesra.org.my  pada 20 julai 2011 
  
TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR
Gambar diperolehi daripada mes.selangor.gov.my
Pada usia 18 tahun, anak-anak ini yang mendaftar dengan tawas berpeluang menerima rm 1,500.00.
Tabung warisan anak selangor atau singkatannya tawas, merupakan antara projek penting dalam agenda merakyatkan ekonomi selangor (mes) fasa 1. tawas beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan sambutan ambang merdeka peringkat negeri selangor pada 30 ogos 2008.
Kerajaan negeri selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak rm 100.00 bagi setiap pendaftaran tawas yang berjaya. pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima rm 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam tawas.
Sebagai usaha berterusan membawa manfaat tawas kepada rakyat negeri selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh selangor.

Risalah dan borang pendaftaran tawas juga diedarkan di semua jabatan/agensi negeri, termasuk semua pejabat daerah dan tanah dan semua pihak berkuasa tempatan di negeri selangor. kini pihak tawas menyediakan pendaftaran secara 'on-line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat selangor.


Sumber diperolehi daripada laman web rasmi tawas: tawas.org.my
Pada 20 Julai 2011

PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI
Gambar diperolehi daripada mes.selangor.gov.my
Penyediaan pusat khidmat krisis sehenti untuk golongan yang dianiayai.
Pusat khidmat krisis sehenti atau ’one stop crisis centre’ (oscc) telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan di seluruh malaysia. tujuan oscc ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan dan juga keganasan rumahtangga. pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami tekanan perasaan atau emosi.


Operasi oscc terletak di bawah jabatan kecemasan di setiap hospital di mana terdapat kakitangan yang terlatih ditugaskan untuk merawat serta memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai. justeru, dalam agenda merakyatkan ekonomi selangor (mes) fasa 1, terdapat program oscc di mana kempen kesedaran akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan badan bukan kerajaan (ngo). 



Kempen ini untuk memberi kesedaran tentang keganasan rumahtangga, memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai oscc ini kepada orang ramai. program ini akan dijalankan mengikut peringkat dun negeri selangor darul ehsan.
objektif


1. Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan oscc dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.

2. Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.

3. Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu-isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual di tempat kerja.

4. Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.

5. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep keadilan dalam hubungan kekeluargaan.

6. Menyediakan tempat yang selamat untuk mendapat rawatan dan tempat yang selamat dimaksudkan ialah di oscc.
anjuran


1. Pengerusi jawatankuasa tetap hal ehwal wanita, kebajikan, kebudayaan, sains, teknologi dan inovasi kerajaan negeri selangor
2.Seksyen sektoral, upen
3.Sekretariat oscc
4.Sdun dan pusat khidmat dun
5. Ngo wanita


Bidang tugas sekretariat oscc
1. Menyelaraskan 'monitoring' dan 'follow-up' semua gerak kerja projek kempen kesedaran oscc dan melaporkan secara terus dengan pejabat exco hal ehwal wanita.


2. Menyediakan bahan-bahan kempen (dalam fail yang dinamakan info kit oscc) yang dikeluarkan oleh pejabat exco hal ehwal wanita.

3. Mengadakan program tot bagi ngo untuk projek kempen kesedaran oscc.

4. Menyediakan takwim projek kempen kesedaran oscc di semua 56 buah kawasan dun.

5. Membuat perlantikan ngo-ngo dengan kelulusan oleh pejabat exco hal ehwal wanita.

6. Menyemak nama-nama penceramah yang dinamakan oleh ngo yang terlibat.

7. Melantik penceramah-penceramah yang dinamakan oleh ngo dan nama-nama lain yang difikirkan sesuai oleh sekretariat dengan perbincangan bersama

8. Pejabat exco hal ehwal wanita.

9. Menyediakan borang perjanjian dengan ngo yang menjalankan projek kempen kesedaran oscc.

10. Membantu mendapatkan peruntukan kewangan kepada ngo-ngo yang menjalankan projek kempen kesedaran oscc bagi setiap program melalui pejabat exco hal ehwal wanita.

11. Melakukan ’monitoring’ (monitoring sheet) dan kompilasi maklumbalas peserta kempen.

12. Menyediakan borang laporan program, borang soal selidik keberkesanan program untuk dianalisa dan disemak oleh pejabat exco hal ehwal wanita
Kumpulan Sasaran
1. Pegawai dun
2. Ajk parti dun
3. Ahli majlis perbandaran
4, Ketua kampung
5. Jawatankuasa penduduk & jawatankuasa belia
6. Pegawai polis
7. Pengerusi rumah ibadah (surau, kuil, tokong, gereja)
8. Ajk persatuan ibubapa dan guru (pibg) sekolah
9. Pengusaha-pengusaha taska dan tadika
10. Pekerja-pekerja kilang dan industri
11. Pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, ipta dan ipts
12. Jawatankuasa badan bukan kerajaan
13. Penduduk setempat
Terdapat enam (6) buah hospital telah menyediakan perkhidmatan ini iaitu:

Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara
Pandan Mewah,
68000 Ampang
No. Telefon : 03-42896000
No. Fax : 03-42954666
Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 kajang
No. Telefon : 03-89475555
No. Fax : 03-89475210
Hospital Selayang
Lebuhraya Selayang-Kepong
68100 Batu Caves
No. Telefon : 03-61367788/61203233
No. Fax : 03-61377097
Hospital Sungai Buloh
47000 Sungai Buloh
No. Telefon : 03-61454333
No. Fax : 03-61454222
Hospital Tengku Ampuan Rahimah
41200 Klang
No. Telefon : 03-3375 7000
No. Fax : 03-3374 9557
Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
No. Telefon : 03-8736 3333
No. Fax : 03-8736 7527


HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI
Gambar diperolehi daripada mes.selangor.gov.my
Hadiah rm1,000 diberi kepada anak selangor dari keluarga berpendapatan rm1,500 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.
Syarat-syarat:

1. Permohonan adalah terbuka kepada warganegara malaysia sahaja;
2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat d.y.m.m sultan selangor darul ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
(i) Pemohon lahir di negeri selangor; atau;
(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri selangor;

3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki tahun pertama (semester pertama) mulai sesi julai 2008 sahaja;

4. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di ipta atau ipts yang diiktiraf oleh kerajaan bagi pengajian di peringkat ijazah sarjana muda atau diploma sahaja*;


5. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di ipt bagi memulakan sesi pengajian.


6. pendapatan isi rumah ibu bapa/ penjaga pemohon berjumlah rm1,500 ke bawah sahaja.
nota:


Matrikulasi/ kursus persediaan/ tahun asas/ a-level/ acca/ lcci/ ijazah lanjutan/ kursus perguruan lepasan ijazah (dpli/ kpli)/ pengajian jarak jauh (pjj)/ pengajian luar kampus (plk) tidak layak memohon.
Aliran permohonan


1. Pemohonan secara atas talian (online) melalui laman web sistem permohonan hpipt: hpipt.selangor.gov.my
2. Permohonan secara manual dengan mengisi borang permohonan rasmi, iaitu borang permohonan hadiah pengajian ipt kerajaan negeri selangor (bpsm/hpipt/2008 (pin.1/2008)) yang boleh diperolehi melalui:

(i) Memuat turun (download) daripada laman web sistem permohonan hpipt:hpipt.selangor.gov.my
(ii) Memuat turun (download) daripada laman web rasmi kerajaan negeri selangor: melalui pautan (link) pusat khidmat merakyatkan ekonomi selangor (mes);
(iii) Kaunter urus setia hadiah pengajian ipt di bpsm; atau
(iv) Mana-mana pejabat daerah & tanah negeri selangor.

3. Pemohon yang memilih permohonan secara atas talian (online) perlu mencetak (print) borang permohonan hpipt online yang telah diisi dengan lengkap untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.
4. Pemohon yang memilih permohonan secara manual pula perlu menyemak dan memastikan borang permohonan hpipt telah diisi dengan lengkap sebelum mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.

(i) Salinan sijil kelahiran pemohon;
(ii) Salinan kad pengenalan pemohon;
(iii) Salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon;
(iv) Salinan surat tawaran kemasukan daripada ipt;
(v) Salinan penyata pendapatan/ penyata kwsp/ slip gaji ibu bapa/ penjaga pemohon (jika masih bekerja); atau
(vi) Surat perakuan pendapatan ibu bapa/ penjag pemohon(jikabekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) dengan pengesahan adun/ penghulu/ pengerusi jkkk / ketua kampung; atau
(vii) Kad pesara & penyata bayaran pencen terkini ibu bapa/ penjagapemohon (jika pesara kerajaan);
(viii) Salinan muka depan dan mukasurat transaksi terakhir buku akaun bank pemohon (yang tertera no. akaun dan transaksi terakhir).

5. Setiap salinan lampiran dokumen hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan kumpulan a (pengurusan & profesional) dan surat perakuan pendapatan (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) hendaklah diperakukan oleh adun/ penghulu/ pengerusi jkkk/ ketua kampung sahaja*.
Nota:


Perakuan dan pengesahan oleh selain pihak-pihak yang dinyatakan di atas tidak akan dipertimbangkan.
6. Pemohon dikehendaki menghantar borang permohonan hpipt yang telah lengkap berserta lampiran dokumen kepada urus setia melalui serahan tangan atau pos di alamat seperti berikut:
Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam

7. Urus setia menerima borang permohonan hpipt yang dihantar melalui:

(i) Serahan tangan oleh pemohon yang hadir sendiri ke bpsm;
(ii) Penghantaran melalui pos;
(iii) Penghantaran berkelompok oleh pejabat tanah & daerah; atau
(iv) Penghantaran berkelompok oleh pusat khidmat dun.

8. Setiap borang permohonan hpipt yang diterima akan direkodkan tarikh terimaan dan didaftarkan bagi memulakan proses permohonan mengikut key performance indicator (kpi) yang telah ditetapkan, iaitu dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima.

9. Urus setia akan memasukkan data dan maklumat pemohon ke dalam sistem permohonan hpipt bagi permohonan secara manual, manakala bagi permohonan secara atas talian (online), data dan maklumat pemohon akan dikemaskini semula berdasarkan borang permohonan hpipt yang diterima.

10. Urus setia akan membuat semakan permohonan yang telah diterima melalui sistem permohonan hpipt serta memastikan semua lampiran dokumen seperti pada para 6.2.4 disertakan oleh pemohon.

11. Urus setia akan mengenalpasti dan mengklasifikasikan permohonan seperti berikut:
(i) Permohonan layak;
(ii) Permohonan tidak lengkap; dan
(iii) Permohonan tidak layak (tidak memenuhi syarat).

12. Urus setia mengambil tindakan terhadap senarai yang telah diluluskan oleh sub(psm)/ psu(b) untuk proses selanjutnya.

13. Bagi permohonan yang tidak memenuhi syarat, urus setia mengemukakan surat maklumbalas bagi memaklumkan status permohonan kepada pemohon dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan.

14. Bagi permohonan yang tidak lengkap, urus setia akan mengembalikan borang permohonan hpipt serta surat maklumbalas yang menyatakan sebab-sebab permohonan dikembalikan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan.
Aliran pembayaran
1. Urus setia menyediakan senarai penyata bayaran pelajar mengikut pilihan pembayaran untuk semakan pa(b) dan kelulusan sub(psm)/ psu(b) seperti berikut:

(i) Pembayaran melalui cek; atau
(ii) Pembayaran melalui electronic fund transfer (eft).
2. Urus setia memproses pembayaran melalui sistem speks untuk penyediaan bayaran oleh pihak bendahari negeri.

3. Urus setia menerima laporan pembayaran yang telah dibuat melalui sistem speks oleh bendahari negeri selangor.

4. Urus setia menyediakan surat makluman status permohonan dan pembayaran kepada pemohon yang berjaya. pemohon yang memilih kaedah pembayaran melalui cek perlu menuntut cek tersebut di bpsm, manakala pemohon yang memilih kaedah pembayaran melalui eft perlu menyemak transaksi pembayaran melalui akaun masing-masing.

5. Urus setia memastikan pembayaran melalui cek perlu dituntut dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh cek dikeluarkan.

6. Urus setia merekodkan tuntutan cek oleh pemohon/ wakil pemohon di dalam buku daftar penerimaan cek.


Sumber diperolehi daripada laman web: hpipt.selangor.gov.my

TABUNG ANAK PEKERJA LADANG


Tabung ini diwujudkan adalah bagi memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak pekerja ladang. bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang bagi tujuan membiayai pendidikan mereka. selain itu, tabung ini juga akan membiayai pembinaan dan penyelanggaraan asrama bagi anak-anak pekerja ladang di seluruh negeri selangor. kerajaan yang amat prihatin dengan pendidikan anak-anak pekerja ladang telah memperuntukan rm2 juta dalam merealisasikan program ini.
Pendahuluan


Program ini merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu anak-anak pekerja ladang mendapat pendidikan yang sempurna dan cemerlang dalam pelajaran.


Objektif
membantu anak-anak pekerja ladang meningkatkan prestasi pelajaran serta mendapat kemahiran teknikal (bagi yang kurang berjaya dalam bidang akademik).
kriteria permohonan
kriteria permohonan untuk bantuan ini ialah:

1. Ibu atau bapa adalah pekerja ladang dan dilahirkan di negeri selangor @ bermastautin di negeri selangor tidak kurang dari 5 tahun;

2. Berpendapatan kurang dari rm1,500.00 sebulan;
Pelaksanaan program
1. Bantuan biasiswa (one-off) kepada anak pekerja ladang. bantuan diberikan dalam bentuk biasiswa (one-off) untuk membiayai pembayaran semester pertama pembelajaran.

2. Program kemahiran teknikal di kolej inspens. program usahasama dengan kolej inspens bagi membiayai pembelajaran dan sara hidup sepanjang pembelajaran.

3. Program kelas tambahan sekolah tamil di ladang negeri selangor. program tahunan yang diadakan di sekolah tamil seluruh negeri selangor untuk pelajar-pelajar ujian pencapaian sekolah rendah (upsr) mendapat sokongan dan bantuan daripada kerajaan negeri.

4. program-program peningkatan pembelajaran untk anak-anak pekerja ladang. program usahasama dengan badan-badan bukan kerajaan (ngo’s) yang
membantu meningkatkan pembelajaran anak-anak pekerja ladang.

5. Bantuan kewangan untuk sekolah-sekolah tamil di ladang bantuan kewangan yang diperlukan oleh pihak sekolah untuk membiayai pembayaran guru-guru sekolah, penyelenggaraan bangunan sekolah, pembelian peralatan dan kemudahan sekolah serta pembinaan pondok bacaan.

6. Subsidi tambang bas sekolah bantuan yang diberikan untuk membiayai tambang bas sekolah untuk anak- anak pekerja ladang.

7. Program penyerahan sumbangan/ hadiah kecemerlangan upsr untuk anak-anak pekerja ladang. program berbentuk majlis penyerahan sumbangan (cermin mata) dan hadiah kecemerlangan pelajar upsr 2009.

permohonan
bagi permohonan pembiayaan pembelajaran anak-anak pekerja ladang ke ipta/s. pemohon diminta mengemukakan surat permohonan bersama-sama dokumen tersebut:

1. Kad pengenalan.

2. Surat tawaran ipta/s yang tertera jumlah yuran pembelajaran yang perlu dibayar. (bersama-sama maklumat bank dan nombor akaun bank pihak ipta/s)

3. Salinan slip gaji ibu/bapa atau surat pengesahan daripada majikan ladang sebagai bukti bahawa mereka adalah anak pekerja ladang di negeri selangor.
Semua permohonan boleh dikemukakan terus kepada pejabat y.b. dr. a xavier jayakumar di:

Pejabat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri selangor,
Tingkat 5, bangunan ssaas,
40503 shah alam
Tel 03-5544 7306 atau 03-5512 3618
Faks: 03-5510 6678


PROGRAM PENINGKATAN HASILMINERAL DAN GALIAN
Gambar diperolehi daripada mes.selangor.gov.my


Insentif kerajaan negeri selangor untuk meningkatkan hasil perbatuan dan mineral negeri

Kerajaan negeri selangor telah menubuhkan kumpulan semesta sdn. bhd. bagi tujuan meningkatkan hasil bahan mineral dan galian di bumi selangor.

Buat permulaan, usaha ditumpukan kepada hasil pasir. hasil dari peningkatan usaha dan keuntungan tersebut akan dikembalikan kepada rakyat selangor melalui program merakyatkan ekonomi selangor.


Sumber diperolehi daripada laman web: semesta.com.my

SKIM KESIHATAN WANITA
Gambar diperolehi daripada mes.selangor.gov.my
Menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita negeri selangor yang berumur 35 tahun keatas yang layak
kerajaan negeri selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. ramai golongan wanita yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.

Atas kepentingan itulah kerajaan negeri selangor telah menubuhkan skim kesihatasn wanita selangor. tujuan utama adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.

Antara kempen di bawah skim kesihatan wanita ialah  '1 juta wanita selangor sihat' -- menyediakan mammogram percuma bagi wanita selangor berumur 35 tahun ke atas.  program pemeriksaan mammogram percuma selangor (mammosel) telah dilancarkan oleh y.b. rodziah ismail pengerusi jawatankuasa tetap hal ewal wanita negeri selangor, pada 6 november 2010, di daerah hulu langat sempena sambutan hari wanita desa 2010 peringkat negeri selangor, adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri selangor.

Kerajaan negeri berpendapat program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang boleh dinikmati oleh wanita selangor dan sambutan yang diterima untuk program ini amat memberangsangkan.

“seseorang yang telah didiagnosis dan hasil keputusan diagnosis mendapati bahawa diri beliau menghidap sebarang penyakit kanser, beliau dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital-hospital sama ada kerajaan atau pun swasta. terdapat beberapa rawatan yang perlu dijalani oleh pesakit barah payudara contohnya seperti pembedahan pembuangan tumor, kimoterapi atau radioterapi”, jelas y.b. rodziah ismail.


PROGRAM MIKROEDIT MISKIN BANDAR(MIMBAR)
Gambar diperolehi daripada mes.selangor.gov.my
Bagi mereka yang dikategorikan sebagai 'miskin bandar' di negeri selangor, disediakan program mikrokredit. program uang dilancarkan pada 3 mac 2011 dengan peruntukan sebanyak rm20 juta. 

Mimbar diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka dengan membuka perniagaan, perusahaan kecil-kecilan. mimbar menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga rm5,000 dan pembayaran balik dalam masa satu tahun.

Syarat-syarat:
1. pendapatan seisi rumah kurang dari:
a) rm1,500 tanpa anak,
b) rm2,500 berkahwin anak kurang daripada 4 orang
c) rm3,000 berkahwin, anak lebih daripada 3 orang

2. warga malaysia berusia 21 - 60 tahun.
3. warga selangor / bermastautin lebih daripada 10 tahun
4. memiliki aset tidak lebih daripada rm50,000 dalam segala bentuk
5. menetap, berniaga dan bekerja di bandar-bandar negeri selangor
6. mengikut syarat-syarat program yang telah ditentukan
7. tidak mendapat sebarang bantuan dari skimsel, aim dan tekun atau program mikrokredit seumpamanya
8. mampu membayar pinjaman dalam tempoh masa yang dipersetujui
9. wajib menghadiri latihan mimbar dan menyertai program susulan 'rangkaian mimbar'
10.kawasan bandar yang tiada ketua kampung


Sumber diperolehi darpada :laman web mimbar: mimbarselangor.org

SKIM MIKROEDIT SELANGOR
Gambar diperolehi daripada mes.selangor.gov.my
Dana peruntukan rm 50 juta untuk program mikrokredit khusus untuk rakyat miskin luar bandar

bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat negeri selangor, disediakan skim mikrokredit selangor (skimsel). skim yang ditubuhkan pada bulan 8 julai 2010 bermatlamat membantu golongan miskin memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan.

Skim ini dikendlikan oleh yayasan dar al qard al hasan selangor dengan peruntukan sebanyak rm50 juta.

Skim ini berbentuk pinjaman kewangan maksimum rm3,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. skimsel tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.
syarat-syarat kelayakan:

1. Golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah khasnya di luar bandar.
2. Berpendapatan di bawah rm 1,500.00 sebulan atau pendapatan perkapita di bawah rm 350.00.
3. Memiliki aset tidak melebihi rm 50,000.00.
4. Taraf pemastautin melebihi 2 tahun.
5. Warganegara malaysia.

Syarat-syarat pembiayaan
1. Tanpa cagaran dan penjamin.
2. Bersetuju membentuk kumpulan 5 orang ahli (tiada tali persaudaraan yang rapat) dan menjalani latihan wajib 3 hari.
3. Bersetuju menubuhkan pusat.
4. Menghadiri mesyuarat pusat setiap minggu.
5. Bersetuju menabung dalam tabung kumpulan sebanyak rm 5.00 seminggu.
6. Bersetuju menyumbangkan deposit sekuriti 3 minggu bayar balik ke dalam tabung kumpulan.
7. Bersetuju menabung dalam tabung kumpulan sebanyak rm 5.00 seminggu.
8. Bayar balik secara mingguan.
9. Mencarum dalam tabung khairat hutang (tkh).
10. Caj pembiayaan 8% setahun.

Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor
Tingkat 2, Bangunan SSAAS
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5544 7104/ 03-5519 1692/ 03-5521 2312
Fax : 03-5510 55829
Sumber diperolehi daripada laman web skim mikrokredit selangor: skimsel.com

 

PUSAT DIALISIS RAKYAT
Gambar diperolehi daripada mes.selangor.gov.my
Atas keperihatinan kerajaan negeri selangor terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat, disediakan pusat dialisis rakyat bagi mereka yang memerlukan rawatan tersebut.


Pusat dialisis rakyat yg telah diwujudkan setakat ini: 

Dun Sementa
Dun Taman medan
Dun Hulu klang
Parlimen Ampang
Dun Sri Muda (masih di dalam pembinaan)

 

 KEMUDAHAN CUTI TAMBAHAN

Gambar diperolehi daripada mes.selangor.gov.my
Istimewa untuk rakyat selangor yang bekerja, disedia 3 kemudahan cuti tambahan:
1. cuti bersalin 90 hari

Bagi isteri yang bersalin diberikan kemudahan bercuti selama 90 hari. ini adalah kemudahan yang sangat diperlukan oleh ibu-ibu yang bersalin.


 2. cuti 14 hari untuk suami yang isterinya bersalin

Satu lagi keistimewaan untuk suami di selangor. sekiranya isteri bersalin, suami yang bekerja dihadiahkan cuti selama 14 hari.


 3. cuti kematian suami selama 30 hari

Sekiranya isteri yang bekerja kematian suami, kerajaan negeri selangor memberi cuti khas selama 30 hari.



Sumber diperolehi daripada :http://mes.selangor.gov.my


 PROGRAM TUISYEN RAKYAT

Gambar diperolehi daripada mes.selangor.gov.my
Program tuisyen percuma untuk pelajar sekolah rakyat negeri selangor yang layak
Pendahuluan
program tuisyen rakyat ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5m (membeca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama kerajaan negeri selangor.

  Dasar
- Bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah.
- Untuk pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan bawah rm2000.

  Objektif
- Menyempurna dun merealisasian dasar kerajaan negeri dalam memenuhi agenda merakyatkan ekonomi selangor (mes)
- Membantu rakyat yang berpendapatan (rm2000 ke bawah) untuk pendidikan yang terbaik kepada anak mereka.
- Membuka lebih ruang kepada adun mendekati rakyat kawasannya.
- Membantu memantapkan jatidiri pelajar/ mengurangkan gejala sosial melalui program-program sokongan.
- Memberikan satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang positif.
Matapelajaran yang ditawarkan seperti berikut:
-Bahasa melayu
-Bahasa inggeris
-Matematik
-Sejarah

Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam
Selangor
Tel: 03-5544 7480/ 7481/ 7482/ 7543
Faks: 03-5510 4095/ 5513 5564/ 5544 7391


Sumber diperolehi daripada laman web: pusat tuisyen rakyat 

MB :RM30juta Bantu Golongan Pendapatan Rendah

Wednesday, 29 June 2011 | Ruangan: berita
SUBANG JAYA 29 JUN - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan RM30 juta daripada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) untuk disalurkan ke program peningkatan pendapatan keluarga dan pembangunan usahawan seluruh Selangor.Menurut Abdul Khalid, ia perlu untuk menjamin kesejahteraan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah di negeri ini terjamin.“Perkara-perkara yang dibincang dan dicadangkan dalam program ini akan kita perhalusi serta akan di buat kajian sama ada ia boleh dilaksanakan pada tahun ini atau pada program tahun depan.“Tetapi, hari ini (semalam) kita telah bersetuju untuk meneruskan program peningkatan pendapatan keluarga dan pembangunan usahawan dan kita menyediakan RM30juta untuk program tersebut,” katanya ketika sidang media selepas berucap di Majlis Penutup Dialog Bajet 2012, di sini semalam.Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan memfokuskan usaha untuk mengurangkan jurang golongan miskin dengan kaya di Selangor terutamanya di kawasan Lembah Klang.
“Kita juga bersetuju isu kediaman serta perumahan adalah isu terpenting yang perlu kita kaji untuk memastikan kualiti hidup masyarakat di negeri ini terjamin.“Kita juga akan mengadakan seminar rumah mampu milik untuk membincangkan rekabentuk- rekabentuk rumah mampu milik yang boleh kita bina serta untuk mendapat maklum balas dan pandangan terhadap reka bentuk tersebut,”katanya.Katanya, pihaknya juga akan mengkaji semula polisi perumahan untuk menyelesaikan masalah penempatan masyarakat di negeri ini.“Kita juga akan mengadakan perbincangan dengan pakar-pakar mengenai polisi tersebut,” katanya


Pada 17 Julai 2011


Bajet 2012 : Selangor Sasar RM1.5 bilion
Monday, 27 June 2011 | Ruangan: Berita
SUBANG JAYA 27 JUN : Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan bajet kira- kira RM1.5 bilion untuk tahun 2012 dan dari jumlah itu sebanyak RM700 juta diperuntukkan untuk program- program kebajikan.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, peruntukan untuk kebajikan itu tidak akan disalurkan begitu sahaja tetapi melalui benih dana untuk menggalakkan rakyat berdikari dan membina asas ekonomi yang kukuh, untuk manfaat jangka masa panjang.
“Matlamat kami adalah untuk merapatkan jurang pendapatan yang nampaknya semakin membesar di Malaysia. Pembangunan untuk golongan yang berada mesti diteruskan, tetapi kami bertekad penuh untuk memastikan bahawa golongan miskin tidak terus terperangkapdalam lingkaran miskin.
“Kita tidak harus menghadapi situasi yang mana kos makanan bagi seorang individu di sebuah restoran boleh membiayai kos makanan sehari satu keluarga yang jauhnya 15 minit dari restoran tersebut,” kata Menteri Besar.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Dialog Bajet Negeri Selangor di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya pagi tadi.
Ini adalah kali ketiga kerajaan Selangor mengadakan Dialog Bajet selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri. Kerajaan Selangor juga merupakan satu-satunya kerajaan negeri di Malaysia yang menganjurkan dialog sebegini yang disertai pihak industri, badan bukan kerajaan, pemimpin masyarakat dan pegawai kerajaan bertujuan  merancang perbelanjaan negeri.
Tan Sri Khalid juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri berhasrat mengurangkan kadar untung kontraktor-kontraktor kerajaan dari 30% ke 7%. ”Kami berbuat demikian untuk menjamin nilai yang lebih baik untuk rakyat dan menghapuskan amalan orang tengah yang mengakibatkan ketirisan yang serius dan merugikan rakyat,” ujar beliau.
Dalam ucaptama beliau, Tan Sri Abdul Khalid mengingatkan peserta dialog rin bahawa dasar kerajaan negeri berpaksikan ketelusan, kebertanggungjawaban, amanah dan integriti serta menyatakan penghargaan beliau terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang mengamalkan prinsip-prinsip ini dalam menyempurnakan tugas mereka.
Dialog Bajet 2012 akan diteruskan di peringkat kerajaan tempatan supaya maklum balas dari semua lapisan masyarakat dapat diambil kira dalam perancangan pembelanjaan negeri.
Pada 17 Julai 2011

Selangor peruntukkan RM20 juta bantu masyarakat miskin

Friday, 04 March 2011 | Ruangan: Berita
PELABUHAN KLANG, 4 Mac – Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM20 juta sebagai permulaan untuk membantu masyarakat miskin bagi kawasan bandar di negeri ini.
Usaha murni kerajaan itu dilaksakan dalam skim Mikrokredit Miskin Bandar atau Mimbar yang bertujuan membantu masyarakat miskin bandar negeri ini dengan agihan pinjaman dari RM1,000 hingga RM5,000.
Menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, skim ini bertujuan untuk menaiktaraf hidup rakyat Selangor selain memupuk semangat berdikari rakyat untuk terus memajukan diri dan keluarga.
“Salah satu dasar yang paling penting dalam usaha kita ialah menentukan pembangunan negeri Selangor ini dibuat secara menyeluruh iaitu tidak satu kumpulan masyarakat yang tertinggal dalam pembangunan ini.
“Tidak satu keluarga yang tertinggal dalam pembangunan ini. Itu yang penting dalam melaksanakan program pembangunan negeri Selangor,”kata Khalid ketika berucap merasmikan Program Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar) di Dewan Taman Pandamar Indah 2, di sini.
Menurut Khalid, Mimbar menyediakan program pembangunan usahawan dan kerjaya kepada rakyat sebagai alternatif supaya rakyat tidak bergantung kepada mana-mana pinjaman dan subsidi.
Program ini antara lain adalah untuk membantu masyarakat miskin di Selangor untuk meningkatkan pendapatan mereka seterusnya melebili Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan negeri Selangor iaitu melebihi RM1,500 bagi seisi rumah.
Jika program ini berjaya katanya, lebih banyak peruntukan akan diberikan tetapi ia bergantung kepada penerima dalam melaksanakan tanggungjawab membayar semula pinjaman yang diberikan.
“Yang perlu dalam masyarakat yang kecil ialah pinjaman yang kecil dan pinjaman yang kecil ini tidak terdapat dalam mana-mana perbankan besar di negara ini.
“Ia hanya boleh dilakukan hanya kerana ia dianggap satu tanggungjawab sosial bukan satu tanggungjawab bisnes,”kata Khalid.
Menurut beliau, 80 peratus pemohon skim ini rata-ratanya kaum wanita dan ibu tunggal.
Turut hadir pada majlis sama ialah Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari dan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew.
Program yang dilancarkan secara rasmi semalam menyaksikan bantuan berjumlah RM3000 diberikan kepada 102 peserta yang berjaya melepasi sesi temuduga sebelum ini.
Mimbar dipengerusikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.


Sumber Diperolehi daripada : http://www.selangorkini.com.my/my/berita/30357
Pada 17 Julai 2010
           

Kempen ‘Jom Shopping’ SMUE Dilancar 15 Julai
Thursday, 07 July 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 7 JULAI : Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan kempen ‘Jom Shopping’ kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas di negeri itu.
Kempen tersebut akan dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 Julai ini.Menurut Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail setiap warga emas yang layak akan diberikan kupon bernilai RM100 untuk berbelanja di pusat membeli belah terpilih di negeri itu.
“Saya menyeru kepada warga emas yang layak supaya mendaftarkan diri di mana-mana pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor.
“Mereka juga boleh mendaftar dengan mendaftar dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) di SMUE semak dan hantar kepada 15888.
“Kita akan memberi taklimat kepada semua pusat khidmat DUN pada 9 Julai ini. Saya berharap program ini dapat mengurangkan bebanan pihak tertentu terutamanya dengan kenaikan harga barang,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Rabu.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan negeri, berkata pihak berkuasa tempatan akan menyediakan bas untuk membawa warga emas tersebut ke pusat membeli belah terpilih dan mereka boleh berbelanja menggunakan kupon yang diberikan.
Untuk rujukan sistem SMS tersebut adalah untuk semak status pendaftaran ahli – Cara : Taip SMUE SEMAK <NOMBOR KAD PENGENALAN AHLI> hantar ke 15888
Pada 17 Julai 2011

Kerajaan Selangor Tumpu Isu Pemberimilikan Tanah Kepada Rakyat
Saturday, 02 July 2011 | Ruangan: Berita
2 JULAI HULU SELANGOR - Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada isu penyelesaian tanah dengan memberi pemilikan sah khususnya kepada penduduk yang telah lama menduduki tanah kerajaaan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pemberian tanah kepada mereka yang layak ini akan lebih mudah dilakukan dengan siapnya Land Bank Library yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.
Beliau berkata, pegawai kerajaan telah diarahkan supaya tidak hanya duduk di pejabat sebaliknya turun padang menemui penduduk yang berdepan masalah tanah.
“Pegawai kerajaan hanya perlu merujuk kepada Land Bank Library untuk mengetahui status tanah yang dituntut. Ini menjimatkan masa dan penyelesaian yang lebih holistik.
“Jika Land Bank Library ini siap sepenuhnya, Selangor menjadi negeri pertama yang menggunakan sistem elektronik dan satelit sepenuhnya dalam penyelesaian isu tanah,” kata Menteri Besar.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan kepada kakitangan kerajaan negeri dan pemimpin masyarakat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Hulu Selangor sempena Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) peringkat Daerah Hulu Selangor, semalam.
Tan Sri Abdul Khalid berkata, isu tanah merupakan antara masalah kritikal yang telah lama dihadapi rakyat Selangor yang gagal diselesaikan kerajaan negeri terdahulu.
Beliau memberi contoh isu Kampung Sungai Kerandang yang menjadi kontroversi baru-baru ini, tetapi telah berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri dengan memberi Sijil Menduduki Sementara (TOL) hanya kepada peneroka asal yang mendiami tanah milik kerajaan dan rezab Hutan Simpan.
Mengenai bantuan kebajikan lain, Menteri Besar berkata, RM100 juta disediakan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) untuk tahun depan bagi mengeluarkan rakyat berpendapatan rendah dari garis kemiskinan.
Katanya, sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk bantuan keusahawanan manakala RM50 juta untuk Skim Mikrokredit Luar Bandar (SKIMSEL) dan RM20 juta untuk Skim Mikrokredit Bandar (MIMBAR).
Beliau berkata, peruntukan ini adalah hasil penyusunan semula hutang-hutang Talam Corporation Berhad (Talam) sebanyak RM392 juta yang telah berjaya dikutip.
Sementara itu, di Dewan Dato’ Abd Hamid Batang Kali, lebih 3,000 penduduk Hulu Selangor menghadiri sesi dialog bersama Menteri Besar.
Kebanyakan penduduk membangkitkan isu tanah dan kemudahan infrastruktur yang tidak diselenggara dengan baik.
Menteri Besar berkata, peruntukkan besar akan disediakan dalam Bajet 2012 untuk membaiki kemudahan infrastruktur khususnya di kawasan luar bandar.
Pada sebelah malamnya, Menteri Besar menghadiri Kenduri Rakyat di Dataran Niaga Sungai Tengi dan diakhiri dengan Ceramah Perdana Pencapaian Kerajaan Pakatan Rakyat di Dewan Komuniti Serendah.


Sumber Diperolehi daripada :  http://www.selangorkini.com.my/my/berita/33277
Pada 17 Julai 2011
Iskandar: Majlis Penyerahan Surat Tawaran & Taklimat Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan
Thursday, 30 June 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 30 JUN : Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan telah diperkenalkan di bawah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor dengan jumlah bantuan sebanyak RM9.7juta, kat Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Iskandar Abdul Samad.
Fasa pertama pembaikan melibatkan 19 pemajuan di 5 PBT. Satu majlis taklimat dan penyerahan surat tawaran akan di adakan pada 2 Julai 2011 (Sabtu) jam 9.00 pagi di Bangunan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Bangunan SUK), Shah Alam.
Majlis akan disempurnakan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Y.B. Tuan Iskandar Abd Samad kepada JMB-JMB yang terpilih. Majlis ini juga akan dihadiri oleh ADUN-ADUN dan penyelaras-penyelars DUN yang terlibat.
Satu taklimat juga akan di sampaikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Pemajuan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Bil Pemajuan Unit Kerosakan
1 Pangsapuri Ampang Mewah, Jalan Mewah 8 428 Tangki air
2 Flat 700, Pandan Perdana 700 Lif
3 Pangsapuri Sri Intan, Ampang 212 Lif
4 Rumah Pangsa Taman Kosas, Ampang 651 Bumbung
5 Pangsapuri Flora Damansara A & B 720 Lif
6 Pangsapuri Desa Perangsang A & B 300 Lif
7 Apartment Taman Medan Jaya Blok C 540 Lif
8 Flat Taman Medan 32 (Blok A-E), Taman Medan Baru 500 Saluran air hujan (gutter)
9 Rumah Pangsa Kos Rendah Blok 1 Desa Mentari 1343 Lif
10 Flat Taman Sri Aman 500 Lif
11 Pangsapuri Kos Rendah Taman Langat Utama 300 Bumbung
12 Flat Taman Damai Jaya 230 Sistem pembentungan
13 Pangsapuri Pinggiran Delima Blok D & E 470 Bumbung
14 Pangsapuri Mentari 1343 Lif
15 Rumah Kos Rendah Taman Subang Perdana 400 Bumbung
16 Pangsapuri Blok Mawar & Cempaka 680 Lif
17 Pangsapuri Pendamar 7A 260 Lif
18 Flat Pandan Jaya 4017 Bumbung
Jumlah unit 13,594
Skim ini adalah bagi membantu pemilik-pemilik pangsapuri kos rendah membaikpulih kediaman mereka.
Pemilik-pemilik pangapuri telah ditawarkan untuk menyertai skim ini di mana Kerajaan Negeri akan membaikpulih pangsapuri mereka melalui kaedah perkongsian 80:20. Kerajaan Negeri akan membiayai 80 peratus dari kos membaikpulih dan penduduk hanya 20 peratus.
Tawaran telah diberikan kepada pemilik-pemilik melalui Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body – JMB), dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC).
Walau bagaimanapun JMB dan MC mestilah bersetuju kepada syarat syarat berikut untuk menyertai skim ini :
1. Hanya satu pembaikan bagi satu pemajuan.
2. JMB / MC / Persatuan Penduduk telah berdaftar.
3. Rekod kewangan yang memuaskan selama 6 bulan terdahulu.
4. Membayar 10%pendahuluan terlebih dahulu.
5. Pemajuan yang terpilih perlu menandatangani akujanji bagi membayar baki 10% dalam masa yang dipersetujui untuk fasa seterusnya, lebih 50 pemajuan akan dibaikpulih.
Pada 17 Julai 2011