Selangor Maju 2005



Negeri Selangor telah diisytiharkan sebagai Negeri Maju 
pada 27 Ogos 2005


Profail Negeri Selangor Maju
Merujuk kepada Laporan UNDP, Selangor di kelompok sebagai negeri maju dari segi kualiti hidup apabila indeks yang diperoleh adalah 8.1. Menurut UNDP negeri maju mempunyai indeks antara 8.0 hingga 8.5, kurang maju < 8.0 dan sangat maju > 8.5.




Sumber diperolehi daripada :http://www.selangor.gov.my/main.php
Pada 21 Julai 2011



12 faktor Kekuatan Negeri Selangor Maju  :-

1.      Selangor Negeri Perbandaran - Kawasan perbandaran 90%,  dari 11 bandar mempunyai penduduk > 400 ribu di Selangor
2.      Penyumbang Tenaga Buruh & Guna Tenaga Terbesar Di Malaysia - menyumbang  18.5% tenaga buruh Malaysia
a.      Tenaga buruh                            :           2.1 juta
b.      Guna tenaga                             :           2.0 juta
c.      Kadar pengangguran                 :           3.5%
3.      Prestasi Ekonomi Makro Yang Stabil (Kadar Pertumbuhan Dan KDNK Sebenar Selangor (2000-2005) (Harga Asas 1987)
4.      SEBUAH NEGERI PERINDUSTRIAN - Dalam tempoh RMK8, berjaya menarik pelaburan sebanyak RM29.2 bilion dan menyediakan 105,000 peluang pekerjaan, angka tertinggi di Malaysia
5.      PENYUMBANG TERBESAR KDNK NEGARA Negeri Selangor (2004-2005) KDNK 22.8%,  Pertumbuhan Ekonomi 6.2%
6.      SELANGOR NEGERI TERKAYA DI MALAYSIA - Pendapatan isi rumah purata meningkat kepada RM5,175 pada 2004  berbanding RM 3,144 pada 2002 merupakan tertinggi di Malaysia. Kadar kemiskinan keseluruhan 2004, 1.0% dan tiada kemiskinan tegar. PGK 2004:RM691 & PGK kemiskinan tegar RM350
7.      Pusat Pentadbiran Yang Moden
8.      Kilang Perindustrian Bertaraf Antarabangsa
9.      Infrastruktur Yang Moden KLIA, STAR LRT, KOMUTER, Lebuhraya, Pelabuhan Klang 14 terbesar di dunia, MSC
10. Kemudahan Perkhidmatan Terkini
11. Pusat Pendidikan Terbaik
12. SETINGGAN SIFAR 2005 - (Pencapaian 90.8%)
Kekuatan Negeri Selangor Maju merujuk kepada Hard Data dan Soft Data berikut :-

HARD DATA
Ranking
1. PRESTASI EKONOMI
a) Pertumbuhan KDNK sebenar   
1

b) pertumbuhan guna tenaga         
2

c) Eksport barangan (% KDNK)
3
2. KECEKAPAN KERAJAAN
a) Jumlah hasil cukai terkumpul (% dari KDNK)   
7
3. KECEKAPAN PERNIAGAAN
a) Produktiviti keseluruhan-pertumbuhan sebenar
1

b) Tenaga Buruh (% dari penduduk)
1

c) Kadar pertumbuhan tenaga buruh
2
4. INFRASTRUKTUR
a) Kos Internet (20 jam sebulan waktu puncak,  $US)
2

b) Jumlah perbelanjaan awam pendidikan (% dari KDNK)
3
SOFT DATA
Ranking
1. PRESTASI EKONOMI
a) Tahap kemapanan/kekukuhan negeri (resilience of the state)
1
2. KECEKAPAN KERAJAAN
a) Pengurusan kewangan awam ( 2 tahun akan datang)
1

b) Ketidaksesuaian polisi kerajaan (terhadap perubahan ekonomi)
2

c) Keputusan kerajaan (kecekapan pelaksanaan)
2
3. KECEKAPAN PERNIAGAAN
a) Badan-badan korporat  (mengurus syarikat  dengan berkesan)

1
4. INFRASTRUKTUR
a) Pendidikan universiti (sesuai persaingan ekonomi)
1


Sumber Diperolehi daripada: http://www.selangor.gov.my
Pada 27 Julai 2011

Selangor : Pertama Capai Status Negeri Maju

SELANGOR negeri kelima terkecil di Malaysia, mencapai status negeri maju 15 tahun lebih awal berbanding negeri-negeri lain di negara ini.
Dengan kepadatan penduduknya yang kini berjumlah 5 juta orang, Selangor mendapat status itu pada tanggal 27 Ogos 2005 tanpa pengisytiharan besar-besaran.
Cukup hanya dengan dua acara iaitu majlis pelancaran Taman Warisan Negeri Selangor dan Perpustakaan Negeri sebagai simbolik pelancaran Selangor Maju 2005.
Kejayaan ini disifatkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai kejayaan seluruh warga Selangor yang berjaya mentransformasikan negeri Selangor yang berstatus negeri membangun kepada sebuah negeri maju.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menandatangani plak perasmian Taman Warisan Negeri Selangor sebagai simbolik pelancaran Selangor Maju 2005 pada 27 Ogos 2005, disaksikan Dato’ Seri Dr Mohamad Khir. Foto HISYAM MOHD YUSOFF
Sebagai produk pertama Wawasan 2020 yang dicetuskan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991, Selangor terus mengorak langkah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Muhamad Muhd Taib mencetuskan wawasan bagi negeri Selangor pada 1992. Wawasan Selangor Maju 2005 kemudiannya menjadi kenyataan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Dr Mohamad Khir.
Selangor mula berkembang daripada negeri pertanian ke perindustrian dengan begitu pantas sekali. Tarikan Selangor sebagai pintu masuk ke Malaysia banyak memberi kelebihan kepada perkembangan sektor industri, perkhidmatan, pelancongan dan pertanian.

Ekonomi Selangor yang berkembang pesat, memberi limpahan kemakmuran kepada rakyatnya. Buktinya, taraf hidup rakyat di negeri ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Ini dapat dilihat daripada peningkatan pendapatan per kapita warga Selangor yang bertambah dari RM1917 pada 1975 kepada RM12 764 pada 2005.

Dr Mohamad Khir pernah berkata “tiada siapa yang dapat menafikan Selangor dirahmati dengan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, kestabilan politik yang membanggakan dan kemakmuran melata yang dinikmati secara bersama oleh semua warga negeri tanpa mengira kaum, baik mereka yang lahir di Selangor mahupun mereka yang berhijrah ke negeri ini untuk mengejar kehidupan lebih baik.”

Sesuai dengan statusnya sebagai negeri maju, Dr Mohamad Khir mahu Selangor sentiasa menjadi yang pertama dalam pelbagai bidang. Dalam hal ini katanya, rakyat Selangor perlu mempunyai mentaliti kelas pertama untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Walaupun untuk berada di tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah, bagi Dato’ Menteri Besar, mengekalkan apa yang telah diperolehi adalah lebih sukar.

Tiada gunanya jika segala yang disediakan kerajaan bertaraf kelas pertama, tetapi mentaliti rakyat masih di takuk lama.
Kejayaan Selangor dalam pelbagai bidang, turut menarik perhatian Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkan Selangor sebagai negeri maju yang berada ‘di barisan hadapan’.

Ia diakui Perdana Menteri yang membuat lawatan ke Selangor meninjau beberapa lokasi projek-projek pertanian pada Disember lalu.
Walaupun bertaraf negeri industri, sektor pertanian tidak ditinggalkan. Pelbagai produk tani baru yang berinovasi tinggi dan menguntungkan, diperkenalkan Selangor.
Bercakap soal ini, Selangor boleh dianggap terkehadapan apabila memiliki Lembah Buah-buahan Tempatan yang 90 peratus daripada hasil keluarannya adalah untuk pasaran antarabangsa.

Tidak terkecuali dengan pengenalan projek dan produk asas tani baru yang banyak memberi peluang pendapatan kepada golongan petani.
Pengenalan pelbagai projek untuk masyarakat luar bandar ini adalah antara langkah yang diambil kerajaan negeri bagi memastikan tidak wujud jurang yang besar dengan masyarakat di bandar.

Selangor juga telah memperkenalkan banyak program bagi mengelakkan wujudnya jurang berkenaan. Ini memandangkan daripada 11 bandar besar dengan penduduk lebih 400,000, tujuh bandar itu terletak di Selangor.
Tidak hairanlah Selangor menjadi tarikan penduduk dari negeri lain untuk membina kehidupan mereka di negeri ini. Lantaran pertambahan jumlah warga Selangor, kerajaan negeri sentiasa memikirkan alternatif terbaik bagi memastikan semua rakyat yang bermastautin di negeri ini mendapat kemudahan sama rata.

Penyelesaian masalah setinggan adalah antara contoh keikhlasan kerajaan negeri bagi memastikan setiap rakyat memiliki rumah sendiri. Kini manfaatnya dinikmati oleh bekas penduduk setinggan, yang mengakui taraf kehidupan mereka lebih baik.
Berada di tahun ketiga selepas diisytiharkan sebagai negeri maju, Dr Mohamad Khir mahu rakyat Selangor terus maju.
“Mereka perlu sedar bahawa status negeri maju ini bukan penghujung matlamat kita, sebaliknya ia adalah permulaan kepada wawasan yang lebih besar dan satu perjuangan baru yang perlu diiringi dengan harapan dan semangat kerja yang baru.” –
NOOR ALLIA KASSIM
Pada 17 Julai 2011
Ibu Pejabat PKNS Mercu Tanda Baru Shah Alam

Friday, 01 July 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, I JULAI– Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang baru akan dibina di Precinct 8.8 Shah Alam di kawasan seluas 4.6 ekar dengan nilai RM140 juta dan dijangka siap pada 2013.Ia bakal memaparkan imej baru kepada PKNS dan seterusnya menjadi mercu tanda baru kepada Shah Alam.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selaras dengan usia dan pencapaian PKNS itu, pihaknya sentiasa mengingatkan PKNS dan agensi Kerajaan Negeri yang lain untuk sama terlibat dalam meberi makna kepada pertumbuhan ekonomi di negeri Selangor.Katanya, pembinaan ibu pejabat PKNS yang baru itu adalah merupakan satu lagi kejayaan yang diraih agensi kerajaan tersebut dan seharusnya dibanggakan.Jelasnya, ia adalah satu petunjuk bahawa PKNS telah sampai ke satu tahap yang lebih baik daripada sebelumnya.
“Bangunan ini merupakan satu rekaan arkitek yang mengambil kira tentang tasek dan di mana ia merupakan satu imbangan di antara kehijauan yang sudah berada di tasek tersebut dengan bangunan serta keinginan Shah Alam sebagai bandaraya yang mengamalkan konsep kehijauan.
“Oleh sebab itu lebih daripada dua ekar dari bumbung PKNS di bangunan baru ini akan disediakan padang atau tempat lapang yang mana akan ditanam rumput-rumput supaya pelawat ke bangunan ini dapat menggunakan sebagai tempat untuk berjalan dan rekreasi,” katanya dalam sidang media di sini.Turut hadir, Pengurs Besar PKNS, Othman Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawir; Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan; Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad; Ronnie Liu, Dr Yaakop Sapari, Rodziah Ismail, Dr Xavier Jayakumar serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Exco Perbadanan PKNS merangkap ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.Abdul Khalid berkata pembinaan bangunan itu merupakan satu cabaran besar bagi PKNS termasuk dari segi penyelenggaraan supaya bangunan itu kekal dalam keadaan yang baik serta bertahan lama.
Beliau seterusnya berkata, PKNS harus dipuji kerana berusaha mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam pembinaan bangunan baru itu.Sementara itu, Othman ketika berucap berkata, ibu pejabat korporat PKNS yang baru itu dibina dalam kedudukan strategik dengan senireka bangunan yang ikonik dan progresif mencerminkan aspirasi PKNS.
Katanya, pembangunan bangunan baru PKNS itu membawa konsep dataran taman di atas bumbung akan dibuka untuk kegunaan orang ramai beriadah di mana bumbungnya dihiasi landskap hijau seluas 3,625 meter persegi dengan pokok-pokok yang akan membentuk lapisan bagi menyejukkan bangunan itu serta dilengkapi dengan sel photovoltaic bagi memanfaatkan tenaga solar.“Kos keseluruhan pembangunan projek ini dianggarkan berjumlah RM140 juta dan dijangka akan bernilai RM250 juta bila siap nanti.
“Saya ingin berkongsi dengan para hadirin bahawa setakat ini ciri bangunan ini telah mencapai kriteria Green Building Index (GBI) Gold. Namun begitu PKNS mensasarkan yang lebih tinggi mendapatkan GBI Platinum dengan menerapkan teknologi-teknologi hijau sedia ada untuk mencapai tahap kecekapan guna tenaga, mesra alam dan keutuhan struktur yang menjadikannya bangunan hijau,” katanya.
Sumber diperolehi daripada : http://www.selangorkini.com.my/my/berita/33271
Pada 17 Julai 2011